Budi Madani

Ini Jumlah Permohonan BUDI MADANI Yang Telah Diluluskan.

2024-06-20

Ini Jumlah Permohonan BUDI MADANI Yang Telah Diluluskan. | MALAYSIAKU BARU : Sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI. Untuk pemilik kenderaan diesel individu (BUDI individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Budi Madani

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata. Matlamat penyasaran subsidi ini adalah bertujuan menumpukan bantuan kepada sektor yang layak dan golongan masyarakat yang memerlukan.

RM 200 SEBULAN

“Bantuan tunai yang ditetapkan pada RM200 sebulan adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan diesel bagi lebih 80 peratus pemilik kenderaan diesel individu.

Untuk ke Indonesia juga, terutama ke aceh anda boleh memelih pakej murah aceh ini untuk membantu anda menjimatkan duit.

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang layak, supaya segera mendaftar bagi mendapatkan bayaran bantuan tunai diesel bulan Jun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, seramai 30,000 pemohon telah menerima bayaran bantuan tunai pada 10 Jun, diikuti oleh 46,000 pemohon yang menerima bayaran pada hari ini, 19 Jun 2024.

“Bagi mereka yang membuat permohonan sebelum hujung bulan Jun ini, pemohon akan menerima bayaran pada awal Julai depan.

“Pemohon yang layak akan menerima bantuan RM200 secara bulanan melalui akaun bank masing-masing atau mendapatkan bayaran tunai di kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN),” ujarnya.

JIKA GAGAL BOLEH BUAT RAYUAN

Tambahnya, dianggarkan, seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima Budi Individu. Manakala seramai hampir 400,000 petani dan pekebun skala kecil berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.

Menurutnya, inisiatif BUDI MADANI yang dibuka sejak 28 Mei 2024 adalah platform untuk mengagihkan bantuan tunai subsidi diesel kepada pemilik kenderaan melalui kategori BUDI Individu; dan kepada petani dan pekebun kecil melalui kategori BUDI Agri-Komoditi.

Sementara itu, Amir memaklumkan pemohonan individu yang gagal boleh mengemukakan rayuan di laman sesawang https://budimadani.gov.my.

Bagi yang memohon pakej travel aceh ini, anda akan dapat menikmati tempat yang cantik dan mendamaikan.

“Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah Kementerian yang berkenaan, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu.

“Selepas itu, mereka digalakkan mengemukakan permohonan Budi Madani sekiranya belum memohon atau mengemukakan rayuan di laman sesawang sama,” ujarnya.

BERITA TERDAHULU

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam ini.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism.

Beliau berkata dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, ia dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.

“Keputusan penyasaran subsidi (oleh kerajaan) bukan langkah mudah malah ia diberi perhatian khusus. Kita mahu hentikan ketirisan yang merugikan rakyat dan negara, tahun demi tahun kita tanggung kerugian besar dan boleh merencatkan ekonomi negara,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Perutusan Negara yang disampaikan pada 21 Mei lepas. Menyatakan Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Amir Hamzah berkata untuk tempoh seterusnya. Harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan. Dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.

Beliau berkata subsidi diesel meningkat 10 kali ganda dari RM1.4 bilion pada 2019 kepada lebih RM14.3 bilion tahun lepas.

LANDSKAP DIESEL MALAYSIA

Mengenai landskap subsidi diesel di Malaysia. Menteri Kewangan II itu berkata dengan jumlah subsidi diesel yang besar diberi oleh kerajaan ketika ini. Harga runcit diesel di Malaysia menjadi antara yang terendah di dunia.

Untuk rekod, harga diesel di Malaysia dijual pada empat harga yang berbeza mengikut subsidi. Iaitu RM1.65 bagi nelayan; RM1.88 bagi pengangkutan awam darat; RM2.15 bagi kenderaan komersial dan persendirian. Serta harga pasaran tanpa subsidi bagi sektor komersial yang pernah mencecah RM3.60 awal tahun ini.

Di dalam pakej ini juga, kami menyediakan tempat menarik aceh untuk anda lawati dan bagi anda merancang perjalanan percutian anda.

Amir Hamzah berkata pada masa yang sama. Harga di negara jiran lebih tinggi, kira-kira RM4 di Thailand, RM4.50 di Indonesia. Malah hampir mencecah RM9 di Singapura, dan keadaan ini mengundang penyeludupan ke negara jiran serta penyelewengan ke sektor komersil yang tidak layak menggunakan diesel bersubsidi.

Beliau seterusnya mengulangi bahawa penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting itu. Akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Justeru beliau berkata melalui penyasaran subsidi. Kegiatan penyeludupan dan penyelewengan tidak lagi menjadi suatu aktiviti yang lumayan. Dan secara logiknya dapat dikurangkan secara drastik.

“Saya ingin tegaskan bahawa apa yang dilakukan Kerajaan hari ini. Adalah menyasarkan semula subsidi untuk golongan yang benar-benar layak sahaja. Kita mahu menghentikan ketirisan yang amat merugikan rakyat dan negara.

“Tahun demi tahun, kita menampung kerugian besar dan ini boleh merencat kemakmuran yang sepatutnya menjadi milik kita. Ini satu keputusan Kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang,” katanya.

 

Sumber :  Kementerian Kewangan (MOF)

Artikel Lain