Cukai

Ini Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024.

2024-02-15

Ini Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024. | MALAYSIAKU BARU : Rujukan senarai cukai SST naik. Memasuki bulan Mac 2024, Kerajaan Malaysia telah menaikkan cukai perkhidmatan atau SST sekitar 8% yang mana sebelum ini adalah 6%. Walaubagaimanapun, kenaikan SST negara Malaysia adalah suatu para terendah dari negara lain.

Cukai

Untuk ketahui tentang senarai cukai SST naik, anda boleh membuat semakan mengikut kumpulan perkhidmatan yang ditulis dalam senarai oleh kerajaan Malaysia melalui laman web rasmi.

Apa Itu Cukai Perkhidmatan?

Cukai Perkhidmatan ialah cukai yang dibuat ke atas Perkhidmatan cukai tertentu. Cukai Perkhidmatan juga dibuat ke atas Perkhidmatan cukai yang diimport (B2B) dan Perkhidmatan Digital (B2C).

Senarai Perkhidmatan yang Dikenakan Cukai Perkhidmatan

Cukai akan dibuat ke atas Perkhidmatan bercukai yang di senarai berdasarkan kepada sembilan kumpulan dalam Jadual Pertama, Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 dengan kadar semasa bermula 1 September 2018 seperti berikut:

Kumpulan Perkhidmatan Bercukai (berkuat kuasa 2018)

Kadar Semasa

Kumpulan A: Hotel, pangsapuri servis dan rumah inapan 6%
Kumpulan B: Restoran, bar atau kedai kopi 6%
Kumpulan C: Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, pusat kesejahteraan, rumah urut 6%
Kumpulan D: Kelab persendirian termasuk rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas 6%
Kumpulan E: Padang golf atau lapang sasar golf 6%
Kumpulan F: Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib 6%
Kumpulan G: Profesional
PerundanganPerakaunanPenilaian/ PenaksiranKejuruteraan, Seni binaPerundingan, latihan & tunjuk ajarTeknologi maklumat (IT)/ DigitalPerkhidmatan pengurusan (penyenggaraan, penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, kemudahan sukan dan kesetiausahaan)Perkhidmatan pekerjaanPerkhidmatan pengawal/ perlindungan (sekuriti)
6%
Kumpulan H: Perkhidmatan kad kredit, atau kad caj RM25/setahun
Kumpulan I: Penyedia Perkhidmatan Lain
Insurans & takafulTelekomunikasiAgen KastamPenyedia ruang letak kenderaanServis kenderaan bermotorPerkhidmatan kurierPerkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan bas persiaranPengiklananBekalan elektrik domestik >600kWhPengangkutan penumpang udara tempatan kecuali Rural Air Services (RAS)Pembrokeran & penajajaminan (berhubung kewangan)Pembersihan
6%
Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Perkhidmatan Baharu yang Dikenakan Cukai Perkhidmatan

Berikut adalah perkhidmatan baharu yang akan dicukai selepas 1 Mac 2024:

  • Perkhidmatan Pusat Karaoke di bawah Kumpulan C.
  • Perkhidmatan Pembrokeran dan Penjaminan untuk perkara selain kewangan seperti broker kapal / kapal terbang, Komoditi dan harta tanah di bawah Kumpulan I
  • Perkhidmatan Logistik di bawah Kumpulan J.
  • Perkhidmatan Penyenggaraan atau Pembaikan di bawah Kumpulan G.

Senarai Perkhidmatan yang Dikecualikan Kenaikan 8%

Untuk makluman, kenaikan adalah untuk semua perkhidmatan bercukai dibuat dengan kadar cukai baharu iaitu 8% kecuali bagi perkhidmatan berikut:

  1. Perkhidmatan Penyediaan makanan atau minuman di bawah Kumpulan B;
  2. Perkhidmatan Telekomunikasi di bawah Kumpulan I;
  3. Perkhidmatan Penyediaan ruang parkir kenderaan di bawah Kumpulan I; dan
  4. Perkhidmatan Logistik di bawah Kumpulan J.

Kadar Cukai Perkhidmatan ke atas perkara di bawah Kumpulan B iaitu makanan dan minuman, Perkhidmatan Telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan serta Perkhidmatan Logistik kekal dibuat dengan kadar cukai 6% sahaja.

Kadar cukai untuk kad kredit dan kad caj kekal diberi pada RM25/setahun.

Senarai Cukai SST Naik Bermula Mac 2024

Bagi membuat semakan senarai cukai SST naik bermula dari 1 Mac 2024, anda boleh merujuk kepada senarai yang kami beri dibawah. Terdapat lebih kurang 10 kumpulan terbabit dalam pelarasan senarai cukai SST naik.

cukai

 

1. Kumpulan A

  • Jenis : Hotel, Pangsapuri servis dan rumah inapan
  • Kadar Baharu : 8%

2. Kumpulan B

  • Jenis : Restoran, bar atau kedai kopi
  • Kadar Baharu : 6% (Kekal)

3. Kumpulan C

  • Jenis : Kelab malam, dewan tari menari, kabaret, Pusat Kesejahteraan, rumah urut
  • Perluasan Skop : Pusat Karaoke
  • Kadar Baharu : 8%

4. Kumpulan D

  • Jenis : Kelab persendirian dan juga rumah kelab berdasarkan keahlian, profesion atau kelas
  • Kadar Baharu : 8%

5. Kumpulan E

  • Jenis :  Padang golf atau lapang sasar golf
  • Kadar Baharu : 8%

6. Kumpulan F

  • Jenis : Pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian, atau permainan mengadu nasib
  • Kadar Baharu : 8%

7. Kumpulan G

  • Jenis : Bidang Profesional seperti Perundangan :Perakaunan, Penilaian/ Penaksiran, Kejuruteraan, Seni bina Perundingan, latihan & tunjuk ajar, Teknologi Maklumat (IT)/ Digital, Perkhidmatan Pengurusan (Penyenggaraan, Penggudangan, kutipan & hutang, tempat letak kereta, Kemudahan Sukan dan Kesetiausahaan), Perkhidmatan Pekerjaan, Perkhidmatan Pengawal/ Perlindungan (Sekuriti)
  • Perluasan Skop : Perkhidmatan Penyenggaraan atau Pembaikan
  • Kadar Baharu : 8%

8. Kumpulan H

  • Jenis : Kad kredit atau kad caj
  • Kadar Baharu : Kekal RM25

9. Kumpulan I

  • Jenis : Penyedia Perkhidmatan Lain seperti Insurans & takaful, Telekomunikasi, Agen Kastam, Penyedia ruang (parkir) letak Kenderaan, Servis Kenderaan Bermotor, Perkhidmatan kurier, Perkhidmatan kereta sewa dan pandu, kereta sewa, dan Bas Persiaran, Pengiklanan, Bekalan Elektrik Domestik >600kWh, Pengangkutan Penumpang udara tempatan kecuali RAS, Pembrokeran & penaja jaminan (berhubung kewangan) dan Pembersihan.
  • Perluasan Skop: Pembrokeran & penaja jaminan (peluasan ke atas perkhidmatan selain kewangan seperti kapal / kapal terbang, Komoditi dan harta tanah)
  • Kadar Baharu : Semua dinaikkan dengan kadar cukai Perkhidmatan 8% kecuali Perkhidmatan berikut kekal dikenakan cukai Perkhidmatan pada kadar 6%:
    • Perkhidmatan Telekomunikasi
    • Penyedia ruang (parkir) Kenderaan
    • Makanan dan minuman (F&B)

10. Kumpulan J

  • Jenis : Perkhidmatan Logistik seperti Perkhidmatan Logistik serta keseluruhan atau sebahagian dari Rantaian Bekalan Pengurusan Logistik, Pengurusan Penggudangan, Perkhidmatan Penghantaran Fret, Perkhidmatan Pelabuhan atau Lapangan Terbang, Perkhidmatan Perkapalan, Perkhidmatan Penerbangan atau Perkhidmatan Kemudahan Rantaian Sejuk, Pengedaran atau Pengangkutan Barang, Perkhidmatan Penghantaran, Pengedaran atau Pengangkutan Barang, Dokumen atau Kungkusan melalui Platform E-Dagang serta bagi pihak mana – mana orang, Perkhidmatan kiriman cepat yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741], Ejen kastam
  • Kadar Baharu : 6%

Diharapkan dengan perkongsian senarai cukai SST naik bermula bulan Mac ini membantu anda semua ketahui perkara dan jenis – jenis barang yang akan ada kenaikan.

Artikel Lain