Mykasih

Bantuan MyKasih SARA Tahun 2024.

2024-01-15

Bantuan MyKasih SARA Tahun 2024. | MALAYSIAKU BARU : Bantuan MyKasih SARA hanya untuk penerima STR tahun 2024, kadar bayaran adalah bermula daripada RM150 sehingga RM1,200 setahun. Pemberian MyKasih SARA adalah merupakan lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah yang melibatkan kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

Mykasih

Bantuan MyKasih SARA Tahun 2024

Program Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA ini adalah bantuan dibawah bajet Belanjawan MADANI Kedua tahun 2024. Pemberian insentif khas ini disediakan oleh Lembaga Hasil Tanah Malaysia (LHDNM) bagi memenuhi keperluan asas.

Inisiatif SARA dilaksanakan mulai 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima di Semenanjung Malaysia, manakala penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mula dilaksanakan pada 19 Februari 2024 (Ahad). Kerajaan telah mula mengagihkan bantuan tunai kepada penerima di Sabah , Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bantuan istimewa ini akan memberi manfaat kepada sekitar 700 ribu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan tanpa perlu membuat sebarang permohonan. Insentif tambahan ini hanya diberikan untuk penerima STR bagi kategori bujang, warga emas dan isi rumah yang melibatkan kadar bayaran sehingga RM1,200 setahun.

KADAR BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA MENGIKUT KATEGORI

Bagi penerima skim Mykasih SARA di Semenanjung Malaysia:

  • Bantuan diagihkan setiap bulan.
  • RM100 sebulan untuk keluarga tanpa pasangan dan warga emas.
  • RM50 sebulan untuk bujang.

Bagi penerima skim Mykasih SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan :

  • Bantuan diagihkan dua kali setahun:
  • RM600 untuk keluarga tanpa pasangan dan warga emas.
  • RM300 untuk bujang.
  • Tarikh pembayaran: pada 19 Februari 202 dan 12 Ogos 2024.

Bayar melalui deposit ke dalam akaun bank atau secara tunai di mana-mana kauter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA

Setiap penerima STR boleh membuat semakan sama ada layak menerima insentif tambahan ini ataupun tidak. Untuk rujukan lebih terperinci dan semakan status kelayakan, anda boleh layari pautan rasmi MyKasih SARA – https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi talian khas LHDNM dan Mykasih di – 1 800 88 2747 / +603-8882 4565 atau e-mel ke alamat [email protected].

Jika anda nak tahu tempat makan best boleh ke website kami : TEMPAT MAKAN BEST

Artikel Lain