STR

STR 2024 Tak Lulus. Ini Yg Anda Perlu Lakukan.

2024-04-02

STR 2024 Tak Lulus. Ini Yg Anda Perlu Lakukan. | MALAYSIAKU BARU : Seperti yang diketahui. pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 8.4 juta rakyat Malaysia telah bermula 3 April 2024, semalam. Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyatan. Pembayaran STR akan dibuat kepada penerima sedia ada dan baharu yang berdaftar menerusi pengkreditan ke dalam akaun bank.

Bantuan

Kaedah lain adalah disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat. Mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Oleh itu. Sebahagian rakyat yang menyemak akaun bank mereka semalam mendapati bahawa pembayaran STR telah dikreditkan mengikut jenis bank.

STATUS TIDAK LULUS

Walau bagaimanapun. Ada juga yang menerima perkhabaran duka kerana status sumbangan ini menunjukkan ‘tidak lulus’ sedangkan mereka layak menerima bantuan ini.

Jadi apa nak buat sekiranya status STR adalah ‘tidak lulus’? Jom ikuti perkembangan ini di bawah.

Apa maksud status ‘tidak lulus’?

Untuk pengetahuan. Status ‘tidak lulus’ adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan pengesahan (verifikasi) dilakukan.

Jadi apa perlu buat kalau status STR ‘tidak lulus’?

Bagi pemohon yang berstatus ‘tidak lulus’, mereka boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) permohonan STR 2024 untuk mengetahui sebab permohonan adalah tidak lulus.

Ia termasuk dokumen sokongan yang diperlukan permohonan rayuan STR.

Kemudian, klik pada Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuat naik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian.

Kepada pemohon yang berstatus tidak lulus, anda tidak perlu bimbang kerana boleh membuat permohonan rayuan pada STR Fasa 3 semula selepas ini.

Jadi, ini perkara yang perlu dilakukan untuk mengetahui kod alasan tidak lulus dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan susulan ia berlainan bagi setiap orang.

Cara-cara semak kod alasan dan dokumen diperlukan untuk rayuan:

Pertama: Layari laman web Bantuan Hasil (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)

Kedua: Masukkan nombor kad pengenalan dan log masuk

Ketiga: Selepas log masuk, klik tiga garisan di bahagian kanan atas

Keempat: Klik pada permohonan STR 2024

Kelima: Cari nombor 68 dan cari kod alasan tidak lulus STR anda atau layarinya di sini Soalan Lazim (FAQ) STR 2024.

Pemohon juga boleh walk in ke mana-mana pejabat seperti Pejabat HASiL, Pejabat Satelit (PS). Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

Bagi pemohon yang berstatus kod Duplikasi dan Kod 32 iaitu (Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian) tidak boleh memohon secara atas talian. Melainkan hadir ke HASiL bersama-sama borang Permohonan STR 2024 dan salinan kad pengenalan pemohon.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Bantuan Hasil

 

Jika anda nak tahu tempat makan best boleh ke website kami : TEMPAT MAKAN BEST

Artikel Lain